Dec 17, 2010

kisah mencari susu - SUSU TERBAIK UNTUK BAYI

2-3 bulan ni baru lega sikit sebab zara takde flu ngan fever.. tu pun lepas tukar susu.. sekarang zara minum frisolac step 2.. price ok.. tapi tetiba hari ni ada flu pulak. rasa cam nak marah pun ada. ingatkan dah tukar susu kira ok la kan. tapi mak cakap biasa la, sekarang ni musim hujan. papa dia pun kan tengah demam jugak. selalu hug kiss zara maunya tak infected jugak budak tu. ye tak ye jugak. takkan asyik nak salahkan susu je kan.
sebenarnya before zara keluar lagi aku dah tercari2 brand susu the best yang ada kat market. yelah, kita mesti nak the best untuk bagi anak kita minum kan. kalau badan sihat, otak cergas! (tetibe iklan Milo +___+) aku memang tercari2 merata dalam internet. dalam blog, forum, website sume pun aku terjah nak cari info punya pasal. sebagai mengenang kisah lalu, mari sama-sama lihat kronologi KISAH MENCARI SUSU untuk zara. information ni maybe berguna bagi sape2 ang menghadapi dilema cam aku neh.
 
ni la susu pertama zara. SIMILAC. tapi masa tu beli SIMILAC Advance Step 1
price lebih kurang RM 40.00 - 400gram
kenapa beli SIMILAC?
sebenarnya beli susu ni secara tergesa2. azrey terpaksa menunggu pintu mydin buka sebab nak beli susu zara. pukul 7 pagi dah tercegat depan tu (ada cerita di sebalik menunggu mydin bukak ni). agaknya dia datang lebih awal dari pak guard kot. huhu. susu ni zara minum habis 1 tin je tak silap.
 
selepas beberapa discussion. we all decide to change. ni susu kedua zara ENFALAC A+ Step 1.
price lebih kurang RM65.00 - 650gram
kenapa pilih ENFALAC?
berkat kerajinan aku menggoogle info, aku rasa enfalac antara yang bagus untuk baby. memang bagus pun. zara takde demam. flu pun tak pernah langsung dalam pantang tuh. cuma, susu ni tak sedap. zara pun macam paksa rela je minum. satu hari tuh aku camne tah bleh tergerak hati nak try minum susu dia. sikit je tau. bukan sebotol. tibe2 rasa macam nak muntah! tak sedap okeh! patut la budak manja tuh macam kena nangis2 dulu baru nak minum. tapi habis 1 tin besar jugak la. ala, kesian anak aku tuh. ok2, mama ngan papa tukar susu lagi.
 

ni susu ISOMIL.
price lebih kurang RM 59.00 - 750gram (kalau tak silap)

ok korang yang tahu mesti perasan yang ketiga2 brand di atas sume susu soya kan. memang kitorang decide nak bagi susu soya. reason? sebab aku memang dari dulu jenis tak tahan bau muntah. loya okeh. jadi tau2 jelah kan macam mana bau muntah susu. serius berpinar mata aku kalau terbau. so, untuk yang tak tau, baby yang minum susu soya bau muntah diorang tak la seteruk bau muntah kalau minum susu lembu. tak caya leh try minum pastu muntahkan (errkkkkkk) lagi satu susu soya ni elok jugak untuk penghadaman. ibu2 leh simpan info ni kat BB okeh. tapi the best is, zara bukan jenis pemuntah susu. pemuntah susu?hehe. maksudnya dia bukan jenis , sikit2 muntah sikit2 muntah. gitu la more less.
alamak kan dah terpanjang explain. okeh kenapa susu ISOMIL?
first mesti la sebab soya jugak. 2nd ada kawan cakap isomil sungguh elok untuk otak baby. so tanpa menunggu lebih lama, husband berkejar gi beli ISOMIL. tin besar terus. tapi nak memanjangkan cerita KISAH MENCARI SUSU ni, bila minum je isomil, terus budak tu tak erk erk.. emm tak paham? ok tak bery....... la tak paham jugak kerrr?? okeh senang cakap tak membuang hadas besar selama 8 hari. 8 HARI okeh!! so apa lagi berkejar ke klinik pulak mencari solution. mula memang tak tau. lepas tu doktor cakap possibility adalah kerana susu tu tak sesuai. walah. balik klinik terus gi farmasi cari susu yang disyorkan.

ni susu yang disyorkan doktor (susu bawah DUMEX) BEBELAC Step 1.
price lebih kurang RM 30.00 - 400 gram
kenapa susu BEBELAC?
dah doktor cakap cari susu bawah DUMEX kan. jadi kami tidak ingkar arahan.azrey pun gi la farmasi mintak advice. farmasi suruh try susu ni. susu ni antara yang paling lama zara minum. bertin2 jugak la. tapi yang tak bestnya selama zara minum susu ni, selalu pulak dia flu. selalu tu i mean SELALU la k. macam 2 minggu sekali mula la menghidap watery nose. kesian okeh. jadi terpaksa pujuk2 lagi hubby untuk tukar susu lagi :(

sama seperti susu pertama.
kami decide untuk kembali ke pangkal jalan. jadi pergi membeli semula similac untuk zara. masa tu kurang dah kekerapan flu zara. alhamdulillah. tapi aku masih seorang yang perajin menggoogle mencari what are the best to feed zara.



FRISOLAC GOLD Step 2
price lebih kurang RM38.00 - 650 gram
kenapa FRISOLAC?
ramai kawan2 dah try frisolac. memang ok. so aku pun nak try jugak la kan. rupanya biras aku pun pakai frisolac jugak. since tukar frisolac, zara tak pernah sekali pun flu. kalau nak demam pun macam ala2 demam manja, pastuh tak jadi demam. maksudnya ok la kan. cuma sekarang ni cam nak watery sikit. sikit je la. tapi tu la. maybe infected dari azrey kot. lagipun cuaca sekarang memang tak berapa elok. dah 6-7 kotak jugak kot zara minum frisolac. tapi so far ni la susu yang paling best dan sesuai untuk zara.
END.

associate entry: KLIK BOTOL SUSU TERBAIK UNTUK BAYI
---------------

sebenarnya yang terbaik bergantung kepada baby. sebab daya tahan baby berbeza. so, kita sendiri kena cari kesesuaian tu. kena tengok keadaan baby kita, dan kemudian cari yang sesuai. bila i buat entry ni, taklah bermakna susu ni bagus, susu ni tak bagus. yang bagus untuk zara tak semestinya bagus untuk baby lain. benda ni lebih baik refer pada doktor  ;)

 
jadinya tu la KISAH MENCARI SUSU aku. neway maybe ada yang tertanya2 lagi susu yang terbaik untuk bagi baby. jawapannya mesti la SUSU IBU. tak tipu okeh. memang susu ibu yang terbaik. senang pun senang. takyah distril bagai botol2 susu. kebersihan lebih terjamin. poket pun terjamin.
zara?
zara mix. dua2. bila siang nenek dia jaga dia minum susu frisolac. tapi aku balik masa lunch. malam pun aku tak bagi susu botol. nak kira percentage dalam 30% je kot susu botol yang dia minum sehari.
kenapa bagi susu botol jugak?????

ada sebab. tapi tak boleh cerita takut tak lepas piawai blog yang dipantau tetap neh. hehehehehe

23 comments:

susudalambotol said...

Umar since newborn sampai umur dia 8 bulan kot minum susu Enfalac. Lepastu tukar Step 2. Enfalac memang the best lah setakat ni. Memang mahal tapi bagus. Tapi kejap je. Lepastu tukar yang step 2 pulak sebab yang tu susu dia tak mahal sangat.

adel said...

betul hidd enfalac the best so far. tapi tu la. zara tuh tekak memilih sikit. hehe. cuma lega la sikit sebab zara prefer susu mak dia. so leh la balance nutrition yang dia dapat.

hannahzaraalisha said...

hannah sjk lahir minum enfalac a+ sampai umur 6 bulan...lepsa tu tukar enfapro a+ sampai sekarang dia pun dah nak masuk umur 9 bulan...rasanya umur 1 tahun nanti akan proceed dengan enfagrow a+ pulak...dulu dah cuba anmum infacare, nan pro, frisogold semuanya tak sesuai dengan hannah....

Anonymous said...

ada sape2 pernah try bebelac tak?

Anonymous said...

Salam...

Sy raudah nk minta pandanganlah, cite diats tu sume mengesahkan budk dmm atau selsemakan. Tpi masalah sy bukannya tu, begini kesahnya... saya mmpunyai seorang baby bru berusia dua bln. Pada mulanya sy beri dia susu Nan 1 tpi mslhnya dia kurang minum susu tu, sy pelik jgk sbb tau kelebihan susu tu. So stu ari sya rasalah eeee tk sedapnya rasa maung tau pttlah bdk nie tk nak. So bincang ngn abg tkr susu mcm abg dia dulu s26 yg biasa smpailah skrg. tpi tulah Masalah yg sy hadapi ialah sentiasa kena perut kembung sehingga bdnnya mengeras walaupun dh sendawakn dia, buang angin atau urut sehingga dia berasa lega sedikit. even dia tedo pun mcm tu gk rasa risau sgt. Ingat nak tkr susu sblm buat futher checkup tpi tulah bca kat forum mcm2 susu yg disuggestkan so dh tk tau mana susu the best utk perut kembung yg dikira tahap kroniklh. Bntulah sya

aishah jamrek said...

hannahzaraalisha: setiap susu memang tak sama effect pada baby..ada yang sesuai, ada yang tak sesuai..macam kes i, meamng banyak jugak yang i try, sampai tahap give up pun ada..memang kena try one by one or otherwise kena consult paed..i pun 2 kali jumpa paed baru dapat solution..

aishah jamrek said...

cik anon 30 may, anak i memang pernah ambil bebelac, rasanya agak sedap n tak manis sangat, masalahnya anak i selalu demam selsema dan berat badan tak naik..

aishah jamrek said...

raudah: maaf ya raudah, i tak perasan ur comment, anak i tak pernah minum s26, tapi a friend pernah bagitau kes yang sama, this case, u cuma perlu cari susu totally no lactose, ada beberapa brand yang bagi 2 choice, 1 low lactose n lagi 1 no lactose..no lactose milk biasanya lebih mahal tapi sesuai utk baby yang kembung..lagi 1 puting botol susu pun u kena pastikan cari yang anti-colic utk elak angin berlebihan disedut..harap dapat membantu raudah..

nur fuzzy said...

Anak sy gna btol tomi tippe tp ada kmbung jgk :-( ?pasal susu ke?bby sy bru 1bln lbih.. Ape cara nk wat,plis kongsi hukhuk

aishah jamrek said...

sy rasa pasal susu..pengalaman sy la kan, baby ni sensitif sgt kat susu..cuba contact doktor kanak2 untuk nasihat klinikal

Erna Ervendie said...

Salam..sye erna anak sye umur 7 bulan dah nak msuk 8 blan,sye jgak bermasalah dgan susu, baby I skrang minum susu anmum infacare step 2 tpi e2 la die x nk minum,dlu die minum anmum jgak Dari umur 3 blan yg step 1 ok2 je tpi sejak umur 6 blan ke atas tukar yg step 2 kan tpi iTu lah susah Sangat n k minum,Lpes 2 tukar plak dumax mamex tpi itu lah minum 1kotak ok lpas bli lgi 1 ktak bermasalah plak ngan berak die Berair 1 ari die berak sampai due tiga Kali kasian, skrang sye tak tau lgi nk tkar susu ape ...,,please solusinya TQ

qaseh sueg said...

bebelac berat bdn mybaby xnaek la..

qaseh sueg said...

bebelac berat bdn mybaby xnaek la..

aishah jamrek said...

qaseh sueg, i pun setuju..anak i pun macam tu..berat tak naik n selalu demam

Wanis eVe said...

Best bce psl susu baby ni..hehe..just nk share anak wanis skang dah 8 bln..smpai skanh minum susu similac..mmg antara susu trbaik sbb Alhamdulillah dia xpnah kne demam panas or flu yg teruk2..manja2 gitu ada la skit kot..hehe..just nk share..tq sume ♥

Wanis eVe said...

Best bce psl susu baby ni..hehe..just nk share anak wanis skang dah 8 bln..smpai skanh minum susu similac..mmg antara susu trbaik sbb Alhamdulillah dia xpnah kne demam panas or flu yg teruk2..manja2 gitu ada la skit kot..hehe..just nk share..tq sume ♥

MamaJMD said...

maklumat yg sangat membantu..dalam misi nak cari susu formula utk anak dah 6 bulan, sblm ni bf fully

Anonymous said...

assalamualaikum...

seronok bc komen2 korg psl susu nie.ok,mcm sy plak my baby ms br lahir bg susu nan (hospital bg my baby susu nan tu) tp xelok coz kat bdn my baby ada naik ruam.lgpun susu sy skit sgt.pas2 tukar susu mamex gold.susu tu abis 1 tin,ble nk beli tin yg ke 2 puas cr 1 kuantan xde..abis.ble minum susu tu my baby kembung.rupanya ada hikmah susu tu xde 1 kuantan.pas2 tukar susu similac total comfort.doc pun suggest susu tu.alhamdulillah,my baby xkembung and demam+flu pun x.tp yg xbestnya susu tu xde dlm kotak...nk refill kene beli yg dlm tin gak.leceh btl la..kat cni pun susu tu mmg laku,slalu abis.tp sy rs cm nk tukar susu utk my baby.rs nk tukar susu enfalac a+.susu tu non lactose @ low lactose?blh u all bg suggestion??plzzz

sisdaa said...

Seronok baca komen dcni.byk dpt info.bby sy umur 2bln aritu minum anmum,tp smbelit,pahtu tukar dumex dulac...ooo,nak yg murah kot,,ok tp lps smggu smbelit gak..last2 try tukar enfalac a++, ni umur 4bln,mmg mahal tp baru minum sbgkus,anak dah x smbelit.ni beli yg pek ke2,cuma nak tanya,susu ni ruam x,sbb bby selalu gatal,mybe cuaca yg panas,dia xleh berpeluh,terus ruam..utk kulit mcmane ek enfalac a++ ni?ade cdangan??

Sharifah Zilawany Seyd Zulkafly said...

My baby harraz minum anmum infacare.. Tp campur ngan susu badan.. Susu badan pon perah jgk.. Mula2 bg botol gunr puting biase mmg die mnum x hengat.. Berbunyi2.. Pastu tuka puting anti colic.. Alhamdulillah kurang masalah~ xD

zana said...

Utk elak bb kembung..saya syorkan pakai botol susu MUM mhl ckit la..rm37 it ok la tbaik utk bb..sebab tapak bwh dia ada alas getah..sda 2 jnis..tpi bli yg ads tapak dlmnya getah..

Anonymous said...

salam.nak buat pembetulan.kalau tak silap enfelac A+ susu lembu.anak sy minum sampai umur 5bln.selepas kena cirit birit tukar pd isomil susu soya.sekarang ni kena cirit lagi so ada apa2 cadangan?kalau tak silap frisolac tu susu lembu juga kan.tapi yg pasti susu soya bau dia mcm dedak ayam

xoxo said...

sy pkai babelac dah nak masuk 3bulan. since birth. xde problem ape pon. Alhamdulillah. selalu kentut, xkembung. berak pon sekali or 2 kali sehari. berat naik 1kg each month. hope that the best lah.